Posted on August 25, 2009 by pastpp08

Oleh : Ketua Urusan Ulama PAS Sepang
Seringkali Ramadan dikaitkan dengan Mubarak- Ramadan al-Mubarak. Ia membawa maksud keberkatan. Jika ditinjau makna berkat di dalam al-Quran, ia membawa erti bertambah dan berkembang. Berkatnya bulan Ramadan apabila kebajikan dilakukan secara berganda-ganda dan pahala pun digandakan oleh Allah.
Read more »
Filed under: Usrah | Leave a Comment »
Posted on August 21, 2009 by pastpp08

KAMI WARGA PAS TAMAN PUTRA PERDANA INGIN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN KEPADA SELURUH PENCINTA DAN PEJUANG GERAKAN ISLAM. SEMOGA KEBERKATAN RAMADHAN INI KITA BERSAMA BEROLEH KEAMPUNAN, KERAHMATAN DAN KEMENANGAN DARIPADA ALLAH SWT. ALLAHU AKBAR!
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on August 19, 2009 by pastpp08

1. Syabas saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang , meskipun tidak menang tangan menyelesaikan tugas dan amanah mendepani pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir , mereka masih sempat melancarkan projek Jom Sertai Usrah peringkat negeri Pulau
2. Usrah sememangnya aktiviti asas bagi sebuah gerakan Islam seperti PAS . Ianya begitu popular pada pertengahan tahun 80an dan awal 90an . Malangnya kini agar suram dan perkembangan mengenai usrah agak pudar . Biarpun masih ada negeri , kawasan dan cawangan yang aktif berusrah , tetapi kebanyakkan peringkat telah mengabaikan usrah . Read more »
Filed under: Usrah | Leave a Comment »
Posted on August 5, 2009 by pastpp08

Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali
PENDAHULUAN
MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya. Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90). Read more »
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on August 3, 2009 by pastpp08
MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2009
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
“ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN”
AHAD 11 SYAABAN 1430H (02 OGOS 2009)
DE PALMA, SHAH ALAM
Ditulis oleh : Ir Haslin
RUMUSAN DAN AGENDA BERTINDAK
PERINGKAT NEGERI SELANGOR:
1. Asas kepada kekuatan parti adalah kekuatan jemaah sebagaimana ayat Quran yang dipetik dalam ucapan dasar ini iaitu surah As Saff: 4 yang berbunyi: “ Sesungguhnya Allah swt mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam keadaan berbaris-baris bagaikan satu bangunan yang tersusun” Read more »
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on August 1, 2009 by pastpp08

ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PROGRAM DI ATAS TERPAKSA
DIBATALKAN
HARAP MAKLUM.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on July 29, 2009 by pastpp08

“Himpunan Mansuhkan ISA” pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman. Read more »
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on July 29, 2009 by pastpp08

Oleh : Ketua Urusan Ulama’ PAS Sepang
Berikut adalah beberapa ringkasan hasil daripada perbincangan usrah yang telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Pusat Tarbiyyah PAS Cawangan TamanPutra Perdana, Sepang.
Seringkali kita berusrah, tetapi kita akan mendapati jawapan yang berbeza antara ahli usrah mengenai konsep usrah yang dijalankan. Kemungkinan ini adalah sebab kenapa usrah yang dijalankan itu tidak mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pimpinan parti.
Matlamat utama daripada usrah ialah membentuk kefahaman dan menyemai komitmen yang utuh kepada jamaah.
Soalnya bagaimana? Read more »
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on July 12, 2009 by pastpp08
Posted on May 14, 2009 by pastpp08

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengalami transformasi besar apabila beberapa jawatan utama dalam dewan tersebut bertukar pimpinan pada Muktamar DPPN Selangor kali ke-43, Ahad lepas. Read more »
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »