SALAHUDDIN AL-AYYUBI :
Dalam pasukan Salib, Salahuddin al-Ayyubi dikenali sebagai Saladin. Ia berasal daripada keluarga tentera. Ayahnya seorang jeneral Kurdistan. Karier ketenteraannya dimulai setelah menggantikan bapa saudaranya sebagai komando perang, yang terbunuh dalam suatu pertempuran. Pada tahun 1187, Salahuddin berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada kekuasaan pasukan Salib. Salahuddin wafat pada bulan Safar 589 / Februari 1193 di Damaskus, setelah mengadakan perjanjian damai dengan pasukan Salib yang dipimpin oleh Richard 1 (Raja Inggeris).
NEGARA ISLAM :
Menurut al-Maududi, ajaran Islam yang serba lengkap tidak dapat dipraktikkan tanpa adanya negara Islam, kerana negara memiliki kepentingan dan kekuasaan politik yang diperlukan untuk merealisasikan ajaran agama. Oleh sebab itu, umat Islam harus berjuang menegakkan kedaulatan negara, kerana hal ini merupakan prasyarat agar manusia dapat mematuhi hukum Tuhan. Bagi al-Maududi, niat mencari kekuasaan dalam rangka menegakkan agama Tuhan adalah suatu kerja suci dan mulia dan jangan dicampuradukkan dengan pengaruh kekuasaan.
BAI’AH (KESETIAAN)
Menurut al-Mawardi, negara adalah sebuah kesatuan komuniti yang dipimpin oleh seorang khalifah yang memiliki kekuasaan mutlak, sama ada melalui kejayaannya atau melalui proses pemilihan. Hubungan antara pemimpin negara (khalifah) dengan warganya adalah hubungan kontrak yang diikat dalam sebuah bai’ah. Bai’ah pemerintah boleh dilakukan secara umum di hadapan seluruh rakyat, atau dilakukan di depan para majlis syura (wakil-wakil rakyat) yang juga dikenali sebagai lembaga pemilih dan pembubar (ahl al-hall wa al-’aqd).









Harakah Daily
Kompilasi Nasyid
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Masjid Negeri Selangor
Negara Berkebajikan
PBT Selangor
Sidang DUN Selangor
Waktu Solat
Wilayah Lembah Klang 2