Posted on April 25, 2009 by pastpp08
Oleh : KU Ulama PAS Kawasan Sepang
Islam bukan agama perkauman dan kebangsaan. Islam tidak dipunyai oleh bangsa arab malahan Islam merupakan agama untuk semua manusia daripada segelap-gelap manusia sehinggalah seputih-putih manusia, daripada timur hingga ke barat. Kenapa Islam, bukan bangsa. Read more »
Filed under: Usrah | Leave a Comment »
Posted on April 18, 2009 by pastpp08
Mohamed Hanipa Maidin
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Read more »
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on March 4, 2009 by pastpp08
Kiriman :ZAMRI kecik’s
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara” Read more »
Filed under: Usrah | Leave a Comment »
Posted on March 2, 2009 by pastpp08

Oleh : Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
فأنذرتكم نارا تلظى لا يصلها إلا الأشقى الذي كذب و تولى
Maka Aku telah memberikan peringatan [ sesudah memberi petunjuk ] kepada kamu mengenai api neraka yang panas membakar lagi menjulang . Tidak [ menderita diseksa ] oleh bakaran api neraka itu kecuali orang – orang yang sangat celaka . iaitu orang – orang yang dusta [ menolak kebenaran ] dan orang – orang yang berpaling [ daripada kebenaran ] Surah Al Lail : Ayat 14 – 16 Read more »
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on February 26, 2009 by pastpp08
PAS Selangor ingin merakamkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama dengan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pertuduhan salahguna kuasa seperti yang dilaporkan kelmarin. PAS Selangor sentiasa berdiri dibelakang Tan Sri untuk mewujudkan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Adalah amat malang pertuduhan itu terkena kepada Tan Sri sendiri yang tidak jemu-jemu mengingatkan ahli EXCOnya supaya pada setiap ketika mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan dan keamanahan itu. Read more »
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on February 22, 2009 by pastpp08
Bahagian Pertama
OLEH: IRWAN BIN MOHD SUBRI
Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil “al-’Ilmaniyyah” diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = ‘ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada “al-’Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah “al-Ladiniyyah” yakni tanpa agama atau “al-La’aqidah” yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme. Read more »
Filed under: Fikrah | Leave a Comment »
Posted on February 9, 2009 by pastpp08

Semasa Nabi Muhammad balik daripada tugas dakwah di Thaif, setelah menerima tentangan yang begitu hebat, sehingga mengalir darah yang begitu banyak, baginda telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah. Read more »
Filed under: Usrah | Leave a Comment »
Posted on February 7, 2009 by pastpp08
Posted on February 6, 2009 by pastpp08
OLEH : USTAZ NIK ABDUH NIK ABD. AZIZ
Tahniah PAS!
Di masa susah kaulah kawan
Di mana susah kaulah di depan
Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah
Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang
Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang
Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya
Tiada dagang bersamamu
Tiada cemas di belakangmu
Dirimu ada kekuatan
Dirimu adalah kekuatan
Kekuatan jadi mulia bersamamu
kelemahan jadi bacul di hadapanmu
Tahniah PAS!
Musuh tidak nampak kecualimu
Musuh tidak marah kecualimu
Musuh tidak takut kecualimu
Keranamu kebatilan menjadi lebur
Keranamu kezaliman menjadi berantakan
Keranamu kejahilan menjadi hilang
Kaulah kelibat di medan
Kaulah syakhsiyah dalam kembara
Kaulah figura keramaian
Kawan dan musuh menakjubimu
Dia dan mereka menyanjungimu
Aku dan kami mencintaimu
Tahniah PAS!
Beginikah Allah memuliakanmu?
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on February 5, 2009 by pastpp08

Oleh Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an. Read more »
Filed under: Isu Semasa | Leave a Comment »