Isteri Irfan Bakti Meninggal

KUANTAN – “Mak nampak sihat saja, macam tiada penyakit, tapi hari ini (semalam) dia pergi (meninggal dunia) dulu, saya memang tak jangka”. Itu luahan anak bongsu jurulatih bola sepak Perlis, Nur Naili Irfan Bakti, 18, mengenai kematian ibunya, Mimi Aminah Hamzah, 54 (gambar), yang disahkan oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham yang menginap di Hotel Grand Continental bersama anaknya sejurus tiba di Kuantan dari Perlis petang kelmarin, disahkan meninggal dunia selepas selesai bersarapan di kafeteria lobi hotel berkenaan pukul 10.45 pagi semalam.

Menurut Nur Naili, beliau yang tidak menemani ibunya ke kafeteria dan hanya duduk di bilik bagaimanapun terkejut selepas salah seorang pembantu jurulatih Perlis memberitahu ibunya pengsan di kafeteria sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kami datang Kuantan untuk menemani ayah yang bertugas pada perlawanan bola sepak Liga Super malam esok (malam ini), saya terkejut bila diberitahu mak meninggal dunia kerana sebelum ini, dia nampak sihat sahaja.

“Saya diberitahu, sebelum mak pengsan, mak cakap hendak naik ke bilik untuk tidur, tapi selepas beberapa langkah berjalan mak jatuh pengsan dan dibantu oleh pembantu ayah yang kebetulan ada di kafeteria lalu dibawa ke bilik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, Nur Naili berkata, selepas memanggil doktor dan diperiksa, ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kemudiannya dibawa ke HTAA bagi urusan bedah siasat.

Jenazah Allahyarham Mimi Aminah dibawa pulang ke Kota Bharu, Kelantan petang semalam untuk dikebumikan. (Kosmo Online)

“Warga PAS Taman Putra Perdana dan seluruh penduduk TPP mengucapkan takziah kepada Sdr. Irfan Bakti di atas kehilangan isteri tercinta. Semoga ujian Allah ini terus mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan saudara.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: