Penjelasan Terhadap Kekeliruan Berhubung Laporan Akhbar – Exco

Pada 18 April 2008 telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan bahawa saya telah memberitahu yang masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor akan diselesaikan di dalam sedikit masa lagi. Ingin saya menyatakan di sini bahawa saya telah disalahtafsir kerana tidak mungkin masalah sebesar ini (menurut rekod terkini Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor terdapat 139 projek) dapat diselesaikan di dalam masa yang singkat.

 

Sebarang penyelesaian perlu melibatkan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan yang mempunyai pelbagai kuasa untuk melindungi kepentingan pembeli, pemaju-pemaju di mana ada yang telah bankrap dan bank-bank.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami akan memastikan perkara-pekara yang wajar dilaksanakan oleh agensi-agensinya akan dilaksanakan untuk memastikan pembeli-pembeli tidak terus dizalimi.

Walau bagaimanapun ia memerlukan kerjasama dari semua pihak. Buat masa ini, sama ada Kementerian atau/dan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, sedang mengadakan pemantauan terhadap projek-projek yang sakit atau lewat tetapI berpotensi untuk disiapkan.

Ini dilakukan menerusi mesyuarat dari semasa ke semasa bersama pihak pemaju, kontraktor, pembeli atau agensi-agensi yang berkaitan.

Ingin juga di sini saya menarik perhatian kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), yang memperuntukan Menteri dengan kuasa perseorangan untuk melantik syarikat baru mengambil alih pemaju perumahan yang tidak memenuhi obligasi tanpa perlu merujuk kepada Menteri Kewangan terlebih dahulu [ Subseksyen 11(1)c ].

Iskandar Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor
019-298 9835

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: