MENGULANGI KEGEMILANGAN FORUM PERDANA

SHAH ALAM, 26 April (Hrkh) – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengembalikan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang dilaksankaan pada awal tahun 90-an.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, forum terbuka yang pernah dilaksanakan dengan kerjasama media eletronik tersebut sebenarnya telah menjadi antara faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu masyarakat.

Menurut beliau, forum itu dirancang secara berperingkat di seluruh Selangor bagi memastikan penghayatannya mencakupi setiap kawasan di bawah pentadbiran Jais.

Katanya, ia dirancang secara berterusan dan akan dimulakan di Bandaraya Shah Alam.

Forum tersebut anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dengan Jais bertajuk, ‘Menjana Islam Syumul di kalangan Ummah’.

Ahli panel terdiri daripada Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Ismail Kamus dan Ustaz Roslan Mohamed dengan moderator Adun Gombak Setia, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali.

Butiran mengenai forum perdana tersebut adalah :

TARIKH : 27 APRIL 2008 (AHAD)

MASA : 8.00 MALAM (BERMULA DENGAN SOLAT ISYAK BERJAMAAH)

TEMPAT : Stadium Melawati, Shah Alam

Gerai jualan makanan dan minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080/0134039760 untuk tempahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: