MUDAH SAHAJA JIKA MAHU KALAH – Mohamad Sabu

RAWANG, 2 Mei: Para pemimpin dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat diminta bekerja untuk menyatukan sesama mereka bagi memastikan mereka kekal memerintah dan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, kejayaan yang mereka capai dalam pilihan raya ke 12 lalu kerana rakyat melihat mereka bersatu dan tidak saling serang menyerang antara satu sama.

“Jika mahu jatuh, bergaduhlah dan seranglah antara satu sama lain, sebagaimana kita buat semasa pilihan raya 2004 lalu,” kata Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Selayang di Dewan Merdeka, Kuang 1 Mei lepas.

Lebih 200 para perwakilan dari 28 buah cawangan PAS seluruh Selayang menyertai mesyuarat agung itu.
Mohamad dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan khasnya DAP dan PAS sejak kebelakangan ini terutama dalam isu negara Islam.
“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah,” kata Mohamad.
Bagi beliau, semua orang tahu PAS dan DAP mempunyai perbezaan tetapi banyak juga persamaaan yang ada antara mereka.
“Jika kita cari perbezaan, kita jumpalah. Tetapi kalau kita ingin terus menang, kita kena cari persamaan antara kita dan bekerja dalam kerangka persamaan itu.

“Kita banyak persamaan. Dalam isu ISA kita bersama, memerangi kezaliman BN kita bersama, memerangi rasuah dan penyelewengan kita bersama. Jadi kenapa kita cari perbezaan antara kita.

“Terbukti rakyat menyokong kita kerana kita bersatu. Jadi kalau mahu kalah, mudah sahaja,” kata beliau.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: