Tukar Meter Air Pukal Bolehkan Penghuni Pangsapuri Nikmati Air Percuma

Pihak pengurusan pangsapuri di negeri ini disaran mengadakan perbincangan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyediakan setiap rumah dengan meter air individu bagi menggantikan meter air pukal.


Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi membolehkan kira-kira 300,000 penduduk pangsapuri juga menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bermula 1 Jun ini.

“Saya menggalakkan rakyat menerima air percuma ini kerana kita rasa dalam keadaan ekonomi sekarang ini (ia) adalah perlu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), petang tadi.


Ketika mengulas pandangan yang mengatakan Selangor merasuah rakyat dengan pemberian air percuma, beliau berkata mana-mana pihak yang tidak mahu menerima pemberian itu dicadangkan memberi nama mereka.


“Kita tahu siapa yang tidak hendak air percuma… (akan menerima) bil seperti dulu dan lebihan duit itu kita hendak salurkan kepada mereka yang memerlukan terutama sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan apa-apa juga diperlukan,” katanya.


Jelas beliau, pemberian air percuma itu adalah antara usaha Pakatan Rakyat untuk memberi semula kepada rakyat pendapatan lebihan kerajaan negeri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: