Selangor Lantik Pentadbir Baru Masjid

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata beliau telah menyediakan senarai nama dan pegawai pentadbir masjid yang baru di negeri ini.   
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyiapkan senarai ini sebelum mendapat perkenan Sultan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
    
Menjawab soalan Abdul Rani yang ingin tahu apakah asas-asas yang digunakan bagi melantik ahli jawatankuasa masjid dan surau di Selangor, Dr Hassan berkata pegawai dan pentadbir masjid yang bakal dilantik itu adalah di kalangan mereka yang mengutamakan integriti, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
    
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, semua pegawai dan pentadbir masjid yang akan dilantik itu akan dihantar mengikuti program Pembangunan Insan bagi memastikan mereka menjalankan tugas dengan perasaan takut kepada Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan e-khutbah sesuai dengan era baru kerajaan Pakatan Rakyat.

“Cara penyampaian khutbah hari ini membuatkan jemaah tertidur sedangkan khutbah sepatutnya menjadi corong ilmu, corong pembangunan ummah dan membangkitkan semangat jihad,” katanya.

Advertisements

One Response

  1. masjid.net.my adalah merupakan utiliti sosial yang menghubungkan pengurusan masjid dengan ahli kariahnya, juga antara rakan dan sesiapa jua, terutamanya kenalan baru, agar mewujudkan ukhwah yang berkekalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: