Dr Ahmad Yunus Cadangkan Cuti Bersalin Diberi Dua Minggu Awal

SHAH ALAM, 23 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi mencadangkan cuti bersalin diberi dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.


Dr Ahmad (Pas-Sijangkang) berkata langkah mengkaji cadangan memberi cuti bersalin selama 90 hari harus diberi pertimbangan sewajarnya.

“Saya cadang cuti bersalin ini perlu diberi lebih awal bagi persediaan ibu-ibu yang rasanya kalau sudah cukup bulan mereka terpaksa menanggung yang begitu menyeksakan sekali,” katanya ketika membahas usul ucapan terima kasih dan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) petang tadi.

Beliau berkata keputusan melaksanakan cadangan itu juga bergantung kepada kerajaan pusat.

Dr Ahmad juga yakin kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan dapat menunaikan tawaran-tawaran manifesto pilihan raya.

“Saya tidak menafikan tawaran pilihan raya lalu perlu ditunaikan tetapi itu juga adalah satu bentuk bonus kepada rakyat.

“Saya tidak yakin bahawa rakyat mengundi PR semata-mata kerana tawaran yang diberikan,” katanya.

Beliau berharap titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada pembukaan sidang DUN Rabu lalu diberi perhatian.

Antaranya menjalankan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat, meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan, memartabatkan golongan wanita dan mengimarahkan masjid dan surau.

Harapan beliau kepada PR “Kita ibarat dalam sebuah kapal, jangan ada anak kapal yang buat tindakan yang salah…jangan ada anak kapal yang perlukan air tetapi menebuk dinding kapal tersebut. Kalau kita lakukan (begitu), kapal kita akan karam”. – NOOR ALLIA KASSIM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: