Malang Menunggu Pengguna Bank Konvensional Riba

Oleh : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Harga minyak dijangkakan akan terus naik, demikian juga yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua. Walalupun di ketika ini Bank Negara Malaysia menyatakan, kadar pinjaman asas (BLR) masih lagi mampu dikekalkan, namun jika keadaan peningkatan berterusan dan inflasi bertambah naik. Kadar BLR pasti tiada jalan lain kecuali naik juga.Kadar inflasi kini pada 4.8%. Menurut Prof Dr Arief, Pengarah Eksekutif MIER.

“kami menjangka kadar inflasi akan berlegar-legar antara empat hingga lima peratus, punca utama ialah kenaikan kos pengangkutan kerana semua aktiviti termasuk pertanian perlu diangkut ke sana kemari dan ini akan melonjakkan harga barangan. Kadar faedah negara pula akan dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyekat kenaikan kadar inflasi dan dijangka berada di bawah lima peratus, bergantung kepada sejauh mana kadar inflasi naik.

Ini bermakna, jika harga minyak naik lagi, inflasi akan turut naik sebagaimana inflasi naik kepada 4.8 % apabila kenaikan 5 Jun 2008 baru-baru ini.

Tatkala itu, BLR akan terpaksa naik juga akhirnya jika inflasi menokok kepada 5 % atau lebih. Semua menjangkakan harga minyak akan naik lagi dan lagi. Apabaila ia naik, satu berita BURUK buat sesiapa sahaja yang terlibat dengan pinjaman rumah secara konvesional, pinjaman perniagaan dan lain-lain.

Tekanan intuk menaikkan kadar faedah asas semakin kuat, ia juga dilaporkan oleh media seperti berikut :-

Impak inflasi terhadap kos bahan api dan tarif elektrik akan menyaksikan perubahan struktur dalam ekonomi dan ia akan memberi tekanan kepada Bank Pusat untuk menaikkan kadar faedah bagi membendung kadar faedah negatif ke atas deposit, yang akhirnya akan meningkatkan kadar pinjaman, katanya. (rujuk)  

AKHIRNYA

Selain dari kehancuran dari sudut spiritual dan hilangnya rahmat Allah swt, individu terlibat ini juga akan terperangkap dalam kiraan BLR yang semakin naik.

Telah kita ingatkan berkali-kali kelebihan ban-bank Islam yang tidak bergantung kepada BLR.

Benar ada bank-bank Islam yang kelihatan menggunakan BLR, tetapi ia tidak sama dengan apa yang digunakan oleh bank riba. BLR hanyalah digunakan dalam penentuan bayaran bulanan, iaitu untuk menentukan ada diskaun atau tidak, atau dalam sebahagian produk lain, untuk menentukan berapa harga sewaan yang akan dikenakan kepada pelanggan. Namun semua bentuk yang digunakan oleh bank-bank Islam WAJIB ada ceiling, lalu jika BLR melebihi kadar ceiling, ia akan tersekat di sana sahaja, tidak seperti bank konvensional.

Pelanggan di bank-bank Islam masih boleh menarik nafas lega walalupun bila BLr naik, tidak bagi pelanggan konvensional.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: