PEMUDA PAS – Siap Menghadapi PR Kuala Terengganu

Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato’ Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato’ Razali 59′ , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki .

Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba – hambanya yang soleh .
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato’ Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.
Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .
Pemuda PAS Bersiap Siaga
Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .
Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila – bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .
Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .
Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .
Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata – mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya.
Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .
Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .
Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: