MENYELONGKAR HUBUNGAN ERAT AMERIKA DAN ISRAEL

aipac-2

Oleh : Muhamad Nazib Hashim

Siri Kedua :

Motif utama perancangan barat untuk mewujudkan sebuah Negara Kawalan di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika. Institusi ini juga berusaha untuk mematahkan sebarang kebangkitan tamadun Islam yang kuat di situ dengan memastikan masyarakat Islam sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang panjang yang menelan belanja besar serta memakan masa yang lama. Saling kebergantungan antara kuasa Barat dan rejim Zionis ini dapat dilihat daripada komitmen barat untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka serta keperluan Zionis terhadap sokongan barat bagi menjamin “survival” mereka di Palestin. Maka dengan alasan inilah, mereka sentiasa menjalinkan hubungan dan kerjasama tanpa henti walaupun dalam keadaan tidak formal.Seterusnya hubungan antara Yahudi dan Amerika ini berlanjutan dengan memperlihatkan kerjasama di antara mereka semakin akrab. Pada tahun 1921, salah seorang pendokong utama gerakan Zionis Antarabangsa, Dr. Chaim Weizmann yang juga merupakan seorang pensyarah kimia di Universiti Manchester telah mengunjungi Amerika Syarikat. Kunjungan ini mempunyai makna yang amat besar bagi bangsa Yahudi di mana hasil kunjungan tersebut maka lahirlah sebuah perancangan yang dikenali sebagai “Program Biltmore” pada tahun 1942. Melalui Program Biltmore, Zionis dibenarkan untuk merampas tanah sah Palestin pada 1948.

Sebagai mana yang telah dinyatakan, hubungan yang terbentuk ini mempunyai kepentingan-kepentingan tersendiri. Atas faktor inilah hubungan ini terus berlangsung dengan erat sehingga ke hari ini dan menjadi satu polisi utama bagi pemerintahan-pemerintahan Amerika Syarikat seperti Presiden Harry Truman (1945 – 1953), Richard Nixon (1969 – 1974), Jimmy Carter (1977- 1981), Ronald Reagan (1981 – 1989), George Bush (1989 – 1992) dan seterusnya. Pada 12 Mei 1977, Presiden Jimmy Carter telah berucap di dalam sidang akhbarnya yang menyatakan :

“We have a special relationship with Israel. It’s absolutely crucial that no one in our country or around the world ever doubt that our No. 1 commitment in the Middle East is to protect the right of Israel to exist, to exist permanently, and to exist in peace. It’s special relationship.”

 

Bagi Presiden Reagan, hubungan dengan Israel dianggap sebagai langkah strategik dalam usaha menyekat pengaruh Soviet Union pada ketika itu. Di dalam kempennya, beliau menyatakan :

“Israel is the only stable democracy we can rely on in a spot where Armageddon could come. The greatest responsibility the United States has is to preserve peace – and we need an ally in that area. We must prevent the Soviet Union from penetrating the Mideast… If Israel were not there, the United States  would have to be there.”

 

Pada bulan September 1981, satu pertemuan telah diadakan di antara Reagan dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin di Washington. Kedua-dua pemimpin tersebut telah membincangkan pelbagai isu yang bersangkutan dengan hubungan antara dua negara termasuk kerjasama strategik. Hasil perbincangan tersebut, terdapat beberapa perjanjian telah dimeterai khususnya yang berkaitan dengan ekonomi dan ketenteraan. Sememangnya kedua elemen ini iaitu ekonomi dan ketenteraan merupakan teras utama dalam kelangsungan hubungan Amerika – Israel sehingga kini.

Sejarah membuktikan bahawa kerjasama Amerika – Israel ini tidak terhenti setakat di meja rundingan atau perjanjian-perjanjian persefahaman (MoU) sahaja, malah mereka telah mewujudkan badan-badan tetap yang berfungsi dalam melaksanakan pelbagai program bersama yang menjurus kepada pelbagai bidang. Contoh badan-badan tersebut ialah :

AMERICAN ISRAEL PUBLIC AFFAIRS COMMITTEE (AIPAC)

AIPAC telah ditubuhkan pada tahun 1950 dan sehingga kini mempunyai keahlian mencecah kira-kira 100,000 orang. AIPAC merupakan satu badan yang berperanan dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial. Antara agenda-agenda AIPAC adalah :

1)      Menyekat Iran daripada mendapatkan senjata nuklear.

2)     Memastikan Amerika Syarikat sentiasa bersama Israel dalam menghadapi sebarang ancaman sama ada politik mahupun ekonomi. Oleh yang demikian Israel sentiasa merancang untuk mendapatkan bantuan yang lebih sari sudut ketenteraan dan ekonomi daripada Amerika. Justeru itu, tidak menghairankan apabila Amerika dengan angkuh tidak menyokong usaha damai yang dicadangkan di PBB baru-baru ini terhadap konflik Israel – Palestin.

3)     Menyediakan bakal-bakal pemimpin yang pro-Israel di masa hadapan. Hal ini disebabkan Israel sedang berhadapan dengan tentangan daripada rakyatnya sendiri terutama golongan muda terpelajar yang menentang kezaliman-kezaliman Israel. Oleh yang demikian, bakal-bakal pemimpin ini akan dihantar ke Amerika untuk mempelajari teknik-teknik kepimpinan dan seterusnya mereka akan pulang sebagai pelobi baru Israel.

4)      Mengawal sebarang keganasan dan ancaman luar. Bagi menjayakan misi ini, Israel telah melobi Amerika Syarikat agar menghadkan program pembangunan persenjataan terhadap negara-negara yang dianggap pengganas seperti Iran, Iraq, Libya dan Sudan.

5)      Melindungi Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

Daripada beberapa agenda di atas, jelas sekali AIPAC berperanan sangat penting bagi kedua-dua pihak terutamanya Israel yang amat memerlukan sokongan kuasa besar. Ia dibuktikan dengan petikan-petikan ucapan berikut :

“One thing which has not changed, however, is our appreciation of AIPAC. At this challenging hour, we need you more than ever. We are grateful for your work throughout the year, in every city and in every state. You help strengthen the friendship between Israel and the United States – a friendship based on the shared values of freedom, democracy and the sanctity of life.” (Ariel Sharon)

“ The work that AIPAC does is a vital part of our democratic process. You speak out boldly, and that’s good for America, it’s good for Israel and good for the cause of peace and justice in the world. You make sure that politicians hear what voters have to say not only on election day but on every day of the year.” (George W. Bush)

Manakala berikut adalah beberapa petikan daripada ucapan bakal Presiden Amerika, Barrack Obama ketika mana di persidangan AIPAC pad abulan Jun yang lepas :

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work – we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: