UCAPAN SULUNG MP KUALA TERENGGANU

“JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH”

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) – Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.

 

“Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.

“Jangan putus hubungan dengan Allah,” tegasnya.

Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.

“Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini,” katanya.

Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan

“Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,”

“Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini,” ujarnya sambil disambut lauangan takbir.

Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.

Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik.

 

PASTPP : “Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM didaulatkan”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: