Isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim: Kenyataan Media PAS Selangor

PAS Selangor ingin merakamkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama dengan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pertuduhan salahguna kuasa seperti yang dilaporkan kelmarin. PAS Selangor sentiasa berdiri dibelakang Tan Sri untuk mewujudkan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Adalah amat malang pertuduhan itu terkena kepada Tan Sri sendiri yang tidak jemu-jemu mengingatkan ahli EXCOnya supaya pada setiap ketika mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan dan keamanahan itu.

 

Rakyat telah memilih parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor dan menjadikannya negeri idaman, bersih, maju, beramanah dan berkebajikan. Dalam masa kurang setahun, Menteri Besar Selangor bersama dengan pasukan EXCOnya telah berjaya melahirkan persekitaran bersih itu. Memandangkan faktor integriti menjadi kriteria utama pilihan rakyat dalam memilih kerajaan, maka adalah menjadi satu pilihan yang munasabah untuk pihak-pihak tertentu berusaha mencederakan imej pimpinan atasan. Asakkan-asakkan ini dijangka bertambah genting dalam bulan-bulan mendatang.

 

PAS Selangor mengutuk dengan sekeras-kerasnya segala usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung disebalik  isu-isu yang berkaitan dengan keamanahan padahal langkah-langkah tersebut mempunyai agenda tersembunyi. PAS Selangor sebaliknya mengalu-alukan usaha badan-badan penguatkuasaan undang-undang seperi SPRM  menyiasat segala aduan yang ada kaitannya dengan persoalan integriti dan keamanahan atas pinsip “without fear and favor” dan tidak mendakwa secara berpilih-pilih.

 

Dalam kes yag melibatkan Menteri Besar Selangor ini, PAS Selangor berpegang kepada prinsip-prinsip berikut :

 

a)     Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat mempertahankan hasrat dan kehendak Menteri Besar Selangor untuk meletakkan negeri di atas kerangka bersih, amanah, telus dan berintegriti;

 

b)     Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat menuntut supaya tidak berlaku pendakwaan secara berpilih-pilih;

 

c)      Supaya Menteri Besar Selangor tidak menjadi mangsa kerakusan mana-mana pihak untuk mengganggu  gugat kestabilan negeri Pakatan Rakyat;

 

d)     Supaya Pakatan Rakyat bertambah kukuh dan Selangor terus menjadi negeri di barisan hadapan dalam mempertahankan prinsip-prinsip ketelusan dan keadilan

 

Atas prinsip sedemikian, PAS Selangor :

 

a)     Meminta ruang masa daripada Tan Sri Khalid untuk mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pimpinan PAS negeri bagi mengetahui kedudukan perkara yang sebenarnya ;

 

b)     Merujukkan pandangan yang akan diambil kepada pimpipinan tertinggi parti ;

 

c)      Meminta ahli dan penyokong PAS khasnya dan rakyat negeri Selangor amnya mengambil sikap bertenang dan berlapang dada dalam menghadapi permalasalahan ini ;

 

d)     Meminta SPRM dan Peguam Negara bertindak dengan penuh kewibawaan dan darjah profesianalisma yang tinggi;

 

e)     Seandainya kes ini membawa kepada pertuduhan di mahkamah, atas dasar untuk  menjulang kewibawaan pentadbiran negeri dan kestabilan politik dikalangan anggota komponen, adalah wajar bagi Tan Sri Khalid mengambil langkah-langkah yang difikirkan munasabah demi menjaga imej kerajaan negeri disamping tidak menganggu proses perjalanan undang-undang.

 

Akhirnya PAS Selangor mendoakan agar Tan Sri Khalid dan ahli keluarga beliau tabah menghadapi cabaran dan mehnah ini. Diharapkan cabaran ini menjadikan kita semua bertambah teguh dan istiqamah bagi memacu Selangor menjadi negeri idaman, maju bersih dan berkebajikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: