Transformasi Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

AGM DPPNS

KUALA LUMPUR, 13 Mei –  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengalami transformasi besar apabila beberapa jawatan utama dalam dewan tersebut bertukar pimpinan pada Muktamar DPPN Selangor kali ke-43, Ahad lepas.Muktamar pemilihan ini menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi melepaskan jawatan tersebut lantaran melepasi had umur. Manakala Ustaz Kamal Ashaari pula tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua.

Muktamar yang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor itu memilih Ustaz Hasbullah Ridhwan, mantan Ketua Pemuda PAS Gombak sebagai Ketua DPPNS yang baru. Pemilihan jawatan utama DPPNS bagi muktamar kali ini dimaklumkan dilakukan secara syura.

Manakala Ahmad Zaidy Abd Mutalib yang menjawat jawatan Bendahari bagi sesi lalu dipilih sebagai Timbalan Ketua DPPNS. Bagi jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Mohd Sany Hamzan setelah penyandangnya Ustaz Hasbullah Ridzuan yang dilantik sebagai Ketua DPPNS.

Seramai 10 dari 19 orang calon yang menawarkan diri dalam pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa telah dipilih bagi sesi 2009-2011 ini. Pemilihan jawatankuasa kali ini dilihat menampilkan gabungan pimpinan lama dan baru.

Mereka yang dipilih perwakilan ialah Sayuti Basiron, Ustaz Zubir Embong, Ustaz Haidar Taslin, Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Mohd Faudzan Mazlan, Azri Mohd Arish, Ustaz Azrul Hakim, Khairuddin Othman, Zahriezan Jamaluddin dan Muhd Azizi Abd Rahim.

Muktamar yang dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Haji Mahfuz Omar itu di pengerusikan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Jamuliddin Elias dan Ustaz Ramli Sidom setelah menang tanpa bertanding.

Jawatan Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 yang juga menang tanpa bertanding masih kekal kepada penyandangnya, Azeman Mohd Yunos dan Mohd Diah Baharum

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: