MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2009

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2009

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

“ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN”

AHAD 11 SYAABAN 1430H (02 OGOS 2009)

DE PALMA, SHAH ALAM

Ditulis oleh : Ir Haslin

RUMUSAN DAN AGENDA BERTINDAK

PERINGKAT NEGERI SELANGOR:

1. Asas kepada kekuatan parti adalah kekuatan jemaah sebagaimana ayat Quran yang dipetik dalam ucapan dasar ini iaitu surah As Saff: 4 yang berbunyi: “ Sesungguhnya Allah swt mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam keadaan berbaris-baris bagaikan satu bangunan yang tersusun”Oleh itu ucapan dasar ini mengajak kita agar segera bertindak menyatupadukan saf kita, memperkukuhkan ukhuwah, mahabbah dan persaudaraan sesama kita, dari peringkat kepimpinan tertinggi sehinggalah ahli-ahli di akar umbi seluruh Selangor. Ketepikan segala persengkataan dan perselisihan sesama jemaah yang hanya akan merenggangkan sesama kita dan merugikan perjuangan. Tumpukan tenaga, masa dan fikiran kita kepada gerak-kerja dan amanah yang besar yang menanti kita di hadapan. Berikan wala’ kita pada pimpinan selagi mana kepimpinannya selaras dan selari dengan syarak.

2. Kita selaku jemaah yang mahu memimpin perubahan perlulah memiliki kekuatan dan persediaan dalaman yang ampuh dan kukuh. Kekuatan ini akan membuktikan kepada rakan-rakan kita dan rakyat jelata amnya akan betapa serius dan berupayanya Islam dalam hal-hal kepimpinan negara dan masyarakat ini. Bagi PAS Islam lah rahsia kekuatan kita yang kita ceduk dari pengisian tarbiyah yang tersusun dan berterusan.

Ucapan dasar ini menyeru kita agar memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS agar bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang menunggu kita di luar sana. Oleh itu peranan tarbiyaah perlulah dipertingkatkan lipat kali ganda khasnya di Selangor ini , agar kita nanti terbit sebagai jamaah yang faham akan kaedah dan budaya PAS berteraskan disiplin manhaj tarbiyah yang digariksan PAS Pusat dalam mengejar cita-cita perjuangan kita yang besar lagi suci itu.

3. “Islam memimpin perubahan” iaitu tema ucapan dasar ini merujuk kepada perubahan yang hakiki yang kita semua yakini mampu menyelamatkan umat manusia dari kesesatan ideologi ciptaan manusia kepada kesempurnaan peradaban dan kehidupan yang diredhai Allah swt.

Oleh itu ucapan dasar ini mengarahkan kita agar menjelmakan perubahan hakiki ini di dalam negeri-negeri yang kita perintah termasuklah Selangor. Hanya kita yang berkemampuan membuktikan yang Islam itu unggul dan mampu membawa perubahan. Biar rakyat melihat kebaikan Islam melalui kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt kepada kita ini.

4. Kemampuan kita untuk menggerakkan sokongan dari masyarakat bukan Islam penting dalam survival perjuangan kita khasnya di Selangor. Melalui keindahan dan keadilan Islam mereka ini diyakini akan terus cenderung pada kita.Sejarah politik Islam telah membuktikan betapa berbagai bangsa dan agama dapat bersatu melalui keadilan yang dibina oleh Rasulullah saw melalui Islam.

Ucapan dasar ini bukan sekadar mengajak kita menghargai sokongan masyarakat bukan Islam kepada kita selama ini khasnya pada PRU ke 12 lalu. Malah ia mengarahkab kita agar memperkasakan Kelab Penyokong PAS.  Inisiatif segera dan berterusan perlu diambil untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS kepada mereka ini. Biar mereka bersama menyokong dan mempertahankan PAS atas keyakinan mereka kepada kemapuan kita untuk meneroka perubahan.

5. Konsep kerjasama politik atau “tahaluf siasi” melalui Pakatan Rakyat khasnya di Selangor ini ternyata memberi manfaat yang besar pada PAS sehingga memungkinkan ia turut berperanan memerintah negeri ini sejak PRU yang lalu.

Melalui ucapan dasar ini kita difahamkan agar mengambil langkah mempertingkatkan kefahaman “tahaluf siasi” di kalangan pimpinan dan ahli PAS supaya dapat membezakan antara tahalluf dan wala’ dalam mengharung arus perjuangan. Keterampilan PAS di dalam PR perlulah dipertingkatkan dengan pimpinan PAS membuktikan kemampuan dan relvannya kita. Ruang yang ada khasnya di Selangor ini perlu digunakan sepenuhnya untuk meluaskan dakwah Islamiah.

Maka berdasarkan rumusan di atas dan pada tanggal 11 Syaaban 1430 H ini sempena program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Selangor ini PAS Selangor bersedia meneroka agenda bertindak seperti yang digariskan berikut:

1. Mempertahankan kesemua 8 kerusi DUN yang dimenangi PAS pada PRU ke 12 lalu dan memastikan sekurang-kurangnya 8 lagi kerusi DUN jatuh ke tangan PAS sekaligus mengukuhkan kedudukan parti dan Pakatan Rakyat di peringkat negeri Selangor.

2. Memperkasakan pengurusan parti khasnya di Selangor ini samada di peringkat negeri, dewan-dewan, kawasan dan cawangan-cawangan bagi membuktikan yang Islam yang didukung oleh PAS memang mampu memimpin perubahan.

3. Menggembeling seluruh pimpinan PAS dari ahli-ahli EXCO, ADUN, ahli-ahli  parlimen,ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, jkkk, nazir dan ajk masjid agar memposisikan PAS sebagai satu parti contoh, yang terbit dari saf kepimpinan yang contoh, yang mampu meyakinkan rakyat bahawa PAS lah satu-satunya parti yang mampu memimpin perubahan demi kebaikan dan kesejahteraan semua.

4. Menggerakkan seluruh saf kekuatan PAS di negeri Selangor agar menyertai dan mengambil bahagian secara serius dalam semua program-program parti khasnya program-program tarbiyah, agar kekuatan dan persediaan dalaman kita menjadi semakin kukuh yang bakal memandu kita ke arah kemenangan yang lebih besar dan bermakna.

5. Memastikan yang keahlian Kelab Penyokong PAS di Selangor segera dipertingkatkan dan mengambil usaha agar mereka ini terdedah dengan  dasar dan matlamat perjuangan PAS, agar kehadiran mereka itu akan benar-benar membantu dan menyumbang ke arah kemenangan yang lebih besar dan bermakna buat parti dan jemaah.

6. Memperkasakan kerjsama politik melalui Pakatan Rakyat Selangor, agar segala kepincangan dan penyelewengan kerajaan BN dahulu dapat diperbetulkan selain mengambil segala kesempatan yang ada untuk memberikan dakwah dan mesej Islam kepada kawan-kawan dalam PR.

Maka berdasarkan agenda bertindak ini dan setelah memahami seluruh isi kandung Ucapan Dasar Presiden PAS 2009 “Islam Memimpin Perubahan” maka PAS Selangor menawar diri untuk bersedia memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negeri Selangor menjelang PRU ke 13 nanti insyallah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: