AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

ramadhan07atm2

KAMI WARGA PAS TAMAN PUTRA PERDANA INGIN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN KEPADA SELURUH PENCINTA DAN PEJUANG GERAKAN ISLAM. SEMOGA KEBERKATAN RAMADHAN INI KITA BERSAMA BEROLEH KEAMPUNAN, KERAHMATAN DAN KEMENANGAN DARIPADA ALLAH SWT. ALLAHU AKBAR!

KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR

mabuk12

Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya. Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90). Continue reading

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2009

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2009

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

“ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN”

AHAD 11 SYAABAN 1430H (02 OGOS 2009)

DE PALMA, SHAH ALAM

Ditulis oleh : Ir Haslin

RUMUSAN DAN AGENDA BERTINDAK

PERINGKAT NEGERI SELANGOR:

1. Asas kepada kekuatan parti adalah kekuatan jemaah sebagaimana ayat Quran yang dipetik dalam ucapan dasar ini iaitu surah As Saff: 4 yang berbunyi: “ Sesungguhnya Allah swt mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam keadaan berbaris-baris bagaikan satu bangunan yang tersusun” Continue reading

PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA & REMAJA DIBATALKAN

Banner_Masjid

ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PROGRAM DI ATAS TERPAKSA

DIBATALKAN

HARAP MAKLUM.

PESANAN & PERSEDIAAN UNTUK KE HIMPUNAN MANSUHKAN ISA – 1 OGOS

handbill

“Himpunan Mansuhkan ISA” pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman. Continue reading

BAGAIMANA USRAH MENGUATKAN JAMAAH

SOLAH

Oleh : Ketua Urusan Ulama’ PAS Sepang

Berikut adalah beberapa ringkasan hasil daripada perbincangan usrah yang telah diadakan pada 28 Julai 2009 di Pusat Tarbiyyah PAS Cawangan TamanPutra Perdana, Sepang.

Seringkali kita berusrah, tetapi kita akan mendapati jawapan yang berbeza antara ahli usrah mengenai konsep usrah yang dijalankan. Kemungkinan ini adalah sebab kenapa usrah yang dijalankan itu tidak mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pimpinan parti.

Matlamat utama daripada usrah ialah membentuk kefahaman dan menyemai komitmen yang utuh kepada jamaah.

Soalnya bagaimana? Continue reading

image_gallery