Info

SEJARAH PENUBUHAN PAS

FAKTA MENGENAI ISA

Mengikut Seksyen 73(1) ISA, perintah penahanan dibuat oleh pihak polis. Pihak yang ditahan akan disimpan di satu tempat misteri selama 59 hari. Dalam tempoh itu, dia akan menjalani soal-siasat yang intensif. Dia tidak akan diizinkan menemui sesiapa waima keluarganya. Pada hari ke-60, dia akan berhadapan dengan dua kemungkinan. Satu, akan dibebaskan. Kedua, pihak polis akan mendapatkan keizinan Menteri Dalam Negeri untuk terus menahannya selama dua tahun, tanpa bicara.

Mengikut Seksyen 8(1), arahan penahanan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri. Pihak yang ditahan akan terus disimpan di Penjara Kemunting. Dia tidak akan menjalani apa-apa soal-siasat intensif. Dia hanya diberikan cuti paksa selama dua tahun.

SALAHUDDIN AL-AYYUBI :

Dalam pasukan Salib, Salahuddin al-Ayyubi dikenali sebagai Saladin. Ia berasal daripada keluarga tentera. Ayahnya seorang jeneral Kurdistan. Karier ketenteraannya dimulai setelah menggantikan bapa saudaranya sebagai komando perang, yang terbunuh dalam suatu pertempuran. Pada tahun 1187, Salahuddin berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada kekuasaan pasukan Salib. Salahuddin wafat pada bulan Safar 589 / Februari 1193 di Damaskus, setelah mengadakan perjanjian damai dengan pasukan Salib yang dipimpin oleh Richard 1 (Raja Inggeris).

NEGARA ISLAM :

Menurut al-Maududi, ajaran Islam yang serba lengkap tidak dapat dipraktikkan tanpa adanya negara Islam, kerana negara memiliki kepentingan dan kekuasaan politik yang diperlukan untuk merealisasikan ajaran agama. Oleh sebab itu, umat Islam harus berjuang menegakkan kedaulatan negara, kerana hal ini merupakan prasyarat agar manusia dapat mematuhi hukum Tuhan. Bagi al-Maududi, niat mencari kekuasaan dalam rangka menegakkan agama Tuhan adalah suatu kerja suci dan mulia dan jangan dicampuradukkan dengan pengaruh kekuasaan.

BAI’AH (KESETIAAN)

Menurut al-Mawardi, negara adalah sebuah kesatuan komuniti yang dipimpin oleh seorang khalifah yang memiliki kekuasaan mutlak, sama ada melalui kejayaannya atau melalui proses pemilihan. Hubungan antara pemimpin negara (khalifah) dengan warganya adalah hubungan kontrak yang diikat dalam sebuah bai’ah. Bai’ah pemerintah boleh dilakukan secara umum di hadapan seluruh rakyat, atau dilakukan di depan para majlis syura (wakil-wakil rakyat) yang juga dikenali sebagai lembaga pemilih dan pembubar (ahl al-hall wa al-‘aqd).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: